PENGENALAN
KEPADA
PENYERAP HENTAK
Penyerap Hentak/shock absorber adalah
salah satu
komponen yang
membantu untuk
mengawal pergerakan spring dalam
sistem penggantungan
kenderaan. Bahagian ini amat
penting bagi
kawalan kenderaan
ketika memecut,
mengambil selekoh,
berhenti dan
ketika melalui
jalan yang tidak
rata.
Fungsi penyerap hentak:
•mengatasi
hayunan spring
•menyerap
hentakan pada badan kenderaan
•memastikan
roda sentiasa bersentuhan dengan jalan sewaktu melalui jalan tidak rata dan
selekoh.
Perbandingan graf hayunan spring tanpa penyerap hentak dan dengan penyerap hentak.
Tanpa penyerap hentak
Dengan penyerap hentak
Jika dilihat pada graf hayunan spring diatas, spring tanpa penyerap hentak mengambil masa yang lama untuk kembali ke kedudukan asal berbanding spring yang dipasang dengan penyerap hentak. Ini menunjukkan penambahan penyerap hentak pada sistem suspensi kenderaan dapat memberikan keselesaan dalam pemanduan.
JENIS PENYERAP HENTAK
Terdapat 3 jenis penyerap hentak yang biasa digunakan, antaranya ialah:
1. Mc pherson Strut
2. Telescopic
3. Spring seat
Mcpherson Strut menggantikan sebahagian daripada system penggantungan dan dibina lebih kukuh untuk menampung beban dan kuasa-kuasa
yang lebih besar
Telescopic Shock absorber
adalah jenis
penyerap hentak yang
mempunyai binaan
paling mudah dan secara
umumnya digantikan
bukannya dibaiki.
Ianya digunakan
Bagi
kenderaan ringan.Jenis Spring seat shock menunjukkan ciri ciri penyerap
kejutan
jenis Telescopic
shock absorber dan
Mcpherson
Strut. Walau bagaimanapun, ianya
tidak tertakluk kepada beban sampingan
yang tinggi.
BINAAN PENYERAP HENTAK
Penyerap hentak terdiri daripada 2 bentuk binaan yang biasa digunakan iaitu mono tube dan twin tube. Dimana binaan asasnya adalah Piston, Piston rod dan cylinder. Bagi jenis mono tube, ianya menggunakan 2 cylinder iaitu inner cylinder dan outer cylinder.
OPERASI PENYERAP HENTAK
Terdapat beberapa jenis operasi penyerap hentak yang digunakan iaitu menggunakan hidraulik dan gas. Secara amnya Pergerakan bagi ketiga-tiga jenis operasi ini adalah hampir sama cuma yang membezakannya adalah dari segi kecekapan dan ketahanan.
Operasi penyerap hentak ketika termampat(compress) dan meregang ( extend)
Contoh dalam gambarajah adalah jenis operasi yang menggunakan gas. Semasa dalam keadaan termampat, piston road akan menolak piston kebawah. Keadaan ini akan memaksa bendalir hidraulik yang berada didalam silinder untuk berpindah dari bawah ke atas melalui lubang-lubang kecil (orifice) pada piston. Lubang-lubang (orifice) yang terdapat pada piston itu adalah bertujuan memberi rintangan bagi memperlahankan hentakan dan ianya mempunyai saiz lubang yang berbeza-beza bergantung kepada pengeluar mengikut kesesuaian.
Proses yang sebaliknya berlaku apabila penyerap hentak meregang. Bendalir hidraulik yang berada diatas akan turun kebawah melalui orifice bagi membantu piston kembali ke kedudukan asalnya. Gas yang terdapat pada bahagian bawah silinder juga membantu pisto kembali ke kedudukan asal disamping membantu mengekalkan kecekapan operasi.
Penyerap hentakan jenis gas adalah dikatakan lebih baik kerana mampu mengekalkan kecekapan walaupun menghadapi kekerapan hentakan semasa pemanduan berbanding jenis hydraulic.