Tuesday, June 4, 2013

PENYERAP HENTAK (SHOCK ABSORBER)




PENGENALAN KEPADA
PENYERAP HENTAK

Penyerap Hentak/shock absorber adalah salah satu komponen yang membantu untuk mengawal pergerakan spring dalam sistem penggantungan kenderaan. Bahagian ini amat penting bagi kawalan kenderaan ketika memecut, mengambil selekoh, berhenti dan ketika melalui jalan yang tidak rata.

Fungsi penyerap hentak:

mengatasi hayunan spring
menyerap hentakan pada badan kenderaan
memastikan roda sentiasa bersentuhan dengan jalan sewaktu melalui jalan tidak rata dan selekoh.


Perbandingan graf hayunan spring tanpa penyerap hentak dan dengan penyerap hentak.

masa
Tanpa penyerap hentak
masa
Dengan penyerap hentak


Jika dilihat pada graf hayunan spring diatas, spring tanpa penyerap hentak mengambil masa yang lama untuk kembali ke kedudukan asal berbanding spring yang dipasang dengan penyerap hentak. Ini menunjukkan penambahan penyerap hentak pada sistem suspensi kenderaan dapat memberikan keselesaan dalam pemanduan.

JENIS PENYERAP HENTAK

Terdapat 3 jenis penyerap hentak yang biasa digunakan, antaranya ialah:

1. Mc pherson Strut
2. Telescopic
3. Spring seat
 

Mcpherson Strut menggantikan sebahagian daripada system penggantungan dan dibina lebih kukuh untuk menampung beban dan kuasa-kuasa 
yang lebih besar



 
Telescopic Shock absorber adalah jenis penyerap hentak yang mempunyai binaan paling mudah dan secara umumnya digantikan
bukannya dibaiki. Ianya digunakan
Bagi kenderaan ringan.
 
 

Jenis Spring seat shock menunjukkan ciri ciri penyerap
kejutan  jenis Telescopic shock absorber dan
Mcpherson Strut. Walau bagaimanapunianya
tidak tertakluk kepada beban sampingan
yang tinggi. 





BINAAN PENYERAP HENTAK



Penyerap hentak terdiri daripada 2 bentuk binaan yang biasa digunakan iaitu mono tube dan twin tube. Dimana binaan asasnya adalah Piston, Piston rod dan cylinder. Bagi jenis mono tube, ianya menggunakan 2 cylinder iaitu inner cylinder dan outer cylinder.


OPERASI PENYERAP HENTAK

Terdapat beberapa jenis operasi penyerap hentak yang digunakan iaitu menggunakan hidraulik dan gas. Secara amnya Pergerakan bagi ketiga-tiga jenis operasi ini adalah hampir sama cuma yang membezakannya adalah dari segi kecekapan dan ketahanan.





Operasi penyerap hentak ketika termampat(compress) dan meregang ( extend)


Contoh dalam gambarajah adalah jenis operasi yang menggunakan gas. Semasa dalam keadaan termampat, piston road akan menolak piston kebawah. Keadaan ini akan memaksa bendalir hidraulik yang berada didalam silinder untuk berpindah dari bawah  ke atas melalui lubang-lubang kecil (orifice) pada piston. Lubang-lubang (orifice) yang terdapat pada piston itu adalah bertujuan memberi rintangan bagi memperlahankan hentakan dan ianya mempunyai saiz lubang yang berbeza-beza bergantung kepada pengeluar mengikut kesesuaian.

Proses yang sebaliknya berlaku apabila penyerap hentak meregang. Bendalir hidraulik yang berada diatas akan turun kebawah melalui orifice bagi membantu piston kembali ke kedudukan asalnya. Gas yang terdapat pada bahagian bawah silinder juga membantu pisto kembali ke kedudukan asal disamping membantu mengekalkan kecekapan operasi.







Penyerap hentakan jenis gas adalah dikatakan lebih baik kerana mampu mengekalkan kecekapan walaupun menghadapi kekerapan hentakan semasa pemanduan berbanding jenis hydraulic.